UITM SENTIASA HATIKU BERCAKAPLAH YANG BENAR WALAUPUN IANYA PAHIT KEGAGALAN ADALAH PERMULAAN KEPADA KEJAYAAN MERASAKAN DIRI LEMAH ADALAH TITIK UNTUK MEMAJUKAN DIRI
Designer: Joomla 3.2 Templates Free

Peserta Menghadiri Kursus


Staf menghadiri kursus yang di anjurkan oleh pihak ILD dan Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Jangan Terlepas Untuk Menghadiri Kursus


Sila semak jadual e-latihan yang disediakan oleh pihak ILD dari masa kesemasa.

Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Asas Windows Movie Maker. Dijalankan selama 3 hari. Bertempat di Makmal Komputer Latihan, Pejabat Teknologi Maklumat  (InfoTech) Aras 5, Bangunan Menara SAAS. Masa pada jam 9.00 pagi hingga 5 petang.

PENGENALAN

Kursus ini direka untuk mereka yang terlibat di dalam kendalian pelbagai jenis peralatan kamera video DSLR dan ingin mengenali videografi digital. Peserta akan diperkenalkan kepada kamera DSLR, istilah-istilah lazim videografi serta teknik dan kemahiran asas video DSLR. Peserta juga akan didedahkan dengan kendalian perisian suntingan video menggunakan perisian Adobe Premiere dan menghasilkan output video yang lebih profesional.

SIAPA YANG PATUT HADIR

Semua staf  UiTM atau mereka yang berminat di dalam bidang suntingan dan rakaman foto,video atau pun mereka yang meminati bidang grafik dan manipulasi imej untuk penghasilan laman web, penerbitan, persembahan multimedia bagi tujuan koleksi,hobi persembahan, penerbitan dan pembabitan awal dalam kerjaya di bidang videografi.

OBJEKTIF KURSUS

Menguasai pengetahuan dan meningkatkan  kemahiran pengendalian peralatan kamera DSLR dan perisian Adobe Primere bagi proses suntingan imej/foto/video dan pengadunan grafik.

KANDUNGAN KURSUS

HARI 1
1. Pengenalan Kamera DSLR
2. Persediaan kamera untuk rakaman
3. Pemilihan Lensa
4. Aksesori Kamera
5. Kamera setting dan teknik brakeman
6. Cara merakam suara dengan peranti suara
7. Timeslapses
8.  Mendapatkan shot baik dalam cahaya rendah
9. Memberi tugasan projek rakaman video secara berkumpulan
   
HARI 2
1. Penggunaan perisian Asas Adobe Premiere Pro
2. Antaramuka (Interface)
3. Setting up a project
4. Suntingan (Editing)
5. Exporting finish project.
   
HARI 3  
1. Kerja-kerja penyuntingan
2. Menyiapkan projek video yang diberikan 
3. Pembentangan dan penilaian hasil projek


METODOLOGI KURSUS


Latihan hands-on, demo dan nota kursus.
Setiap peserta dibekalkan sebuah komputer.

Peralatan kamera yang perlu di bawa oleh peserta sewaktu mengikuti program:

Kamera DSLR (yang boleh merakam video)
Tripod (Jika ada)

PRASYARAT

Sebelum mengambil kursus ini peserta- peserta perlu menghadiri
Kursus Windows Movie Maker atau pun peserta perlu biasa dengan fungsi asas kamera dan perisian suntingan video.

PENYAMPAIAN

Kursus dijalankan secara teori dan praktikal. Disampaikan dalam bahasa Malaysia. Setiap peserta dibekalkan nota kursus dan bahan bantuan mengajar sepanjang tempoh kursus.Peserta akan diajar oleh Penceramah dan fasilitator bagi memudahkan pembelajaran.

TENAGA PENGAJAR

Penceramah : Jefri Dahlan
emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
T
el : +603-5543 5778 / 012-2131652

Fasilitator : Mohamad Shahar Sudar
emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
T
el : +603-55442818                                                                                                 SILA KLIK UNTUK BACA ...

<< Bahan-bahan Keperluan Latihan Kursus DSLR DISINI           

hostgator coupon code 30 off