Designer: Joomla 3.2 Templates Free

PENGHASILAN VIDEO DAN PENYUNTINGAN MENGGUNAKAN WINDOWS MOVIE MAKERS


Kepentingan

  1. Penghasilan video boleh menjadi bahan pilihan lain untuk membantu para peserta bagi memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas dan nyata.
  2. Membantu para peserta mengenali dan mempelajari kaedah penghasilan video sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah.
  3. Penghasilan video adalah proses menangkap imej yang bergerak menggunakan media elektronik dan media aliran.
  4. Penghasilan video memerlukan kemahiran menyusun isi kandungan, penyuntingan video dan menyampaikan hasil terakhir video untuk persembahan.
  5. Membuat persembahan video gambar kegemaran, klip video dan menggunakan beberapa kesan peralihan yang baik, dapat dilakukan dengan mudah.
  6. Mereka yang kurang atau tiada pengalaman dalam penghasilan video boleh mengimpot semua media yang anda inginkan dengan menggunakan imej,fail video dan juga video yang baru dirakamkan boleh diseret ke garismasa/papan cerita untuk mewujudkan satu video klip yang dikehendaki.
  7. Menambahkan lagi kesan peralihan yang disukai dengan memperhatikan perjalanan semuanya pada tetingkap pratonton (Monitor Preview).
  8. Alat khas yang disediakan di dalam Windows Movie Maker membolehkan anda menambah tajuk dan maklumat kepada video anda sebaik sahaja kerja anda telah selesaikan.
  9. Windows Movie Maker membolehkan anda mengekpot video kepada beberapa format yang berbeza bergantung kepada di mana anda mahu gunakan samada diterbitkan di laman web, rakamkan ke dalam CD, DVD atau hanya menyimpannya ke PC anda.

Objektif

  1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas teknik rakaman video dengan menggunakan peralatan yang boleh merakam imej bergerak saperti Kamera Digital, Kamera DSLR, Tablet, Hanfon dan sebagainya.
  2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas penyuntingan audio video, digunakan untuk menghasilkan video klip untuk pelbagai tujuan penyampaian maklumat Jabatan, Bahagian dan Unit saperti Pesembahan Multimedia, Montaj Pelancaran, Panduan Pengguna, Hiburan, Kempen, Pembelajaran & Pengajaran, Promosi Produk, Hobi sebagainya.
  3. Memberi pengalaman baru kepada peserta yang ingin mempelajari kendalian peralatan rakaman dan perisian penyuntingan video.
  4. Meningkatkan latihan kemahiran cara penggunaan peralatan rakaman dan perisian penyuntingan menambahkan kecekapan.

     
hostgator coupon code 30 off